Nama Pakej

Pakej Taiwan China

Harga & Date

đź“ŤTAIWAN – ALISHAN 5 DAYS 4 NIGHTS✨
PAKEJ KONSORTIUM 🎉
Update: 05 September 2023

Harga: RM3499 per pax
Deposit: RM500 per pax

 

Available date:

  • đź“Ś 24 – 28 JAN 2024
  • đź“Ś 25 – 29 JAN 2024
  • đź“Ś 01 – 05 FEB 2024
  • đź“Ś 15 – 19 FEB 2024

HARGA PAKEJ

  • DEWASA (BILIK BERDUA/BERTIGA)
    RM3499
  • DEWASA (BILIK SEORANG)
    RM4199
  • KANAK-KANAK BERKATIL
    RM3499
  • KANAK-KANAK KONGSI KATIL
    RM3299
  • KANAK-KANAK TANPA KATIL
    RM3199

DEPOSIT: RM500 SEORANG

Detail

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
    ď‚· Taichung: Stay Hotel atau setaraf (1 malam)
    ď‚· Yilan: Shangrila Leisure Farm atau setaraf (1 malam)
    ď‚· Taipei: Atami Hotel atau setaraf (2 malam)
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Tangweigou Hot Spring Park dan Shangrila Leisure Farm.
  • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran.

PAKEJ TIDAK TERMASUK

 

  • Tiket observatori Taipei 101 Tower.
  • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Jadual Perjalanan

DAY 1 Makan Malam

  • KUALA LUMPUR – TAIPEI – TAICHUNG
  •  Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Taichung.
  • Lawatan di Taichung:
  • Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
  • Waktu bebas untuk membeli-belah waktu malam di Fengjia Night Market juga dipanggil Fengjia Shopping Town.
  •  Bermalam di Taichung.

DAY 2 Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam

  • TAI CHUNG – NANTOU – YILAN
  • Lawatan di Nantou:
  • Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
  • Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi.
  • Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman- berzaman di Tea Experience Centre.
  • Lawatan di Yilan:
  • Menikmati masa bebas dan bersantai berendam kaki di tarikan air panas semulajadi Tangweigou Hot Spring Park.
  • Melawat Shangrila Leisure Farm yang terletak setinggi 250m di atas puncak bukit Dayuan. Ladang ini menawarkan pemandangan panorama indah gunung dan alam semulajadi yang indah. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah gyroscope, sesi DIY, sky lantern dan banyak lagi.
  • Bermalam di Yilan.

DAY 3 Sarapan Pagi,
Makan Tengahari, Makan Malam

  • YILAN – YEHLIU – TAIPEI
  • Lawatan di Yehliu:
  • Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat.
  • Lawatan di Taipei:
  • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfoto di Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu.
  • Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.
  • Bermalam di Taipei.

DAY 4 Sarapan Pagi,
Makan Tengahari, Makan Malam

  • TAIPEI – TAMSUI
  • Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
  • Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center.
  • Masa bebas untuk berfoto dan membeli- belah di Taipei 101 Shopping Center.
  • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
  • Lawatan di Tamsui:
  • Fisherman’s Wharf: Sebuah pelabuhan yang menjadi tempat para nelayan berlabuh dan terdapat beratus bot-bot kecil di sepanjang jambatan kayu ini.
  • Lover’s Bridge: Jambatan putih yang dibina pada 2003 ini akan dilimpahi cahaya berwarna ungu merah jambu pada waktu malam, sesuai namanya.
  • Masa bebas untuk menerokai kawasan bandar lama Tamsui Old Street Plaza yang terletak di tebing Danshui River sambil berfoto dengan tarikan bersejarah di kawasan ini seperti keretapi lama yang dulu digunakan bagi menghubungkan Tamsui dan Taipei, dan juga kota lama Fort San Domingo.
  • Membeli-belah pada malam hari di Raohe Street Night Market yang merupakan Antara kawasan tumpuan pelancong dan warga tempatan dengan pintu gerbangnya yang gemerlapan dan pelbagai barangan ada dijual.
  • Bermalam di Taipei.

DAY 5 Sarapan Pagi

  • TAIPEI – KUALA LUMPUR
  •  Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
  •  Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
  •  Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
  •  Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Jadual perjalanan mungkin berubah berdasarkan masa penerbangan, cuaca atau kesesakan lalu lintas