INFO BERKAITAN ISLAND HOPPING DI KRABI

Baca & Fahami semua info dibawah ini. Sekiranya anda tidak baca semua info ini, segala kesulitan yang berlaku atas tanggungjawab anda sendiri. 

-Boat yang disediakan dalam package adalah LONG TAIL BOAT SHARING (boat kayu)Package ini adalah mix dengan group yang lain untuk island hopping.

(SAIZ BOAT MENGIKUT BILANGAN PAX SEMASA BOOKING)

-Sekiranya anda ingin menukar package kepada Private Long Tail Boat khas boat kepada group anda sahaja, boleh inform balik kepada agent anda. Harga akan diberi semula sekiranya anda menukar package dari Sharing Long Tail Boat kepada Private Long Tail Boat mengikut bilangan pax.

-Peralatan snorkeling disediakan oleh pihak boat seperti :

1. Penutup Wajah atau Masker

2.Cerobong Udara atau Snorkel

(SEKIRANYA PERALATAN YANG DISEDIAKAN TIDAK MENCUKUPI ANDA PERLU MENUNGGU GILIRAN UNTUK GUNA PERALATAN TERSEBUT. )

-Makan tengahari disediakan sekali sahaja (dalam bentuk lunch pax ) semasa aktiviti island hopping. Lauk simple sahaja seperti nasi, lauk sejenis & sayur, buah-buahan & air mineral. 

-Jika anda seorang vegetarian boleh maklum awal kepada agent SEBELUM BOOKING. 

-Sekiranya anda mengambil package hotel & van dengan Abang Travel, anda akan ke jetty menaiki van & balik menaiki tuktuk . Pukul 7:30 pagi thailand boleh keluar breakfast di luar bersama van (HOTEL TIDAK SEDIAKAN BREAKFAST). 

Pukul 8:30 pagi thailand berkumpul di jetty untuk menaiki boat.