POLICY HOTEL DI THAILAND

1) WAKTU CHECK IN HOTEL THAILAND

Waktu Check in Hotel Thailand adalah pada pukul 2 pm Thailand = 3 petang Malaysia.

Beza waktu Thailand dengan waktu Malaysia adalah 1 jam.

2) SEMASA CHECK IN HOTEL

Pastikan anda dapat bilik dan katil yang betul seperti yang anda booking. Jika ada masalah seperti kotoran yang kekal di cadar/selimut/tuala, sila maklumkan segera kepada receptionist hotel.

3) DEPOSIT HOTEL

Setiap hotel wajib sediakan deposit sebelum check in hotel, deposit akan dikembalikan selepas check out jika anda tidak hilangkan key card. Key card boleh tinggalkan di kaunter lobby jika anda hendak meninggalkan hotel untuk mengelakkan berlakunya kehilangan key card.

1) Hotel Ps Extra : 200 B per room

2) Hotel Ps Sriphu : 200 B per room

3) Hotel Ps Thungsao : 200 B per room

4) Hotel B2 Rat : 500 B per room

5) Hotel Aloha : No need deposit

6) Hotel Lalita : 200 B per room

selain hotel di atas, sila double confirm dalam group whatsapp atau bertanya kepada agent..

4) HOUSEKEEPING 

Setiap hari jam 10-12 pagi akan ada housekeeper yang akan masuk kemas bilik. Jadi jika anda tidak mahu bilik anda dikemas, pastikan letak simbol no disturb di luar bilik.

5) BARANG BERHARGA

Dilarang untuk tinggal mana mana barang berharga di dalam bilik hotel. Sebarang kehilangan atau kecuaian , pihak Abang Travel tidak akan bertanggungjawab.

6) MEROKOK

Dilarang untuk merokok didalam bilik atau bilik air hotel . Jika anda didapati merokok, anda akan didenda mengikut polisi setiap hotel. Vape atau electronic cigarette juga dilarang di Thailand. 

7) EXTRA BANTAL/TILAM

Jika anda minta lebihan bantal @ tilam lain dari yang tersedia di dalam bilik , pihak hotel akan kenakan surcaj dan bayaran terus kepada pihak hotel.

8) IRON

Kebanyakan hotel di Thailand tidak sediakan iron di bilik. Jadi better bawa sendiri iron untuk memudahkan urusan anda didalam bilik hotel.